Sunday, 24 December 2017

LEMBU LUAR NEGARA DI BERI LAYANAN 5 STAR !!

Bila pergi ke Pahang, jangan cuba-cuba ambil ikan Patin sebagai menu makanan di restoran jika $$$ dalam poket tidak setebal mana. Bila pergi ke oversea pula jangan cuba-cuba ambil daging lembu sebagai menu jika tak nak sebarang budget lari.


Ini kerana daging lembu di negara luar seperti Australia, Korea dan lain-lain tidak sama dengan daging lembu yang banyak terjual di negara kita ni. Abangrock bukan bercakap soal halal ya tapi abangrock sekarang bercerita soal harga!

KENAPA DAGING LEMBU DI SANA MAHAL?
Jawapannya adalah kerana lembu-lembu di sana di ternak dengan cara yang jauh berbeza dengan cara peternak lembu Malaysia. Daging lembu yang mahal ini di kenali sebagai daging lembu Kobe dan juga daging lembu Wagyu.


DAGING LEMBU KOBE
  • lembu hanya di beri makan rumput terpilih sebagai santapan
  • juga di beri minum sake iaitu sejenis arak jepun yang di perbuat daripada beras
  • badan lembu ini akan di urut untuk memastikan dagingnya lembut dan pejal
  • lembu juga di rehatkan selama 10jam sehari dengan muzik sentimental
  • lepas berak, punggung lembu akan di bersihkan untuk memastikan kebersihannya


  



DAGING LEMBU WAGYU
  • Banyak terdapat di Australia
  • Meragut rumput hanya daripada padang yang asli
  • Lembu juga di beri makan bijian yang terpilih saja dan bermutu 
  • Bijian itu terdiri daripada gandum, jagung dan barli
  • Lembu turut di urut 
  • Di simpan dalam kandang makanan selama 300-600 hari untuk menghasilkan 'marbling'
  • 'Marbling' adalah kesan bintik-bintik lemak putih halus yang bertenun di seluruh tekstur daging
  • Semakin banyak 'marbling' bermakna semakin tinggi gred daging tersebut
  • 'Marbling' menghasilkan pengalaman makan daging seperti mentega yang cair di dalam mulut

Ish ish ish... dah macam salji abangrock tengok rupa daging dengan kesan marbling ni. Patutlah siapa yang makan dapat rasa seolah-olah mentega cair di dalam mulut. Jauh betul bezanya dengan daging lembu tempatan yang merah je colournya.


Daging ini sering di masak sebagai steak terutama di hotel-hotel dan restoran yang bertaraf  5star dan ke atas. Nampak sangat menyelerakan.. tapi awas!! 

Harganya boleh mencecah dari ratusan sehingga ribuan ringgit hanya untuk sepinggan. Pengsan!!

Tangki Air Lama Menjelma Sebagai Rumah

Tangki Air Lama Menjelma Sebagai Rumah | Memang tak susah nak di bayangkan kerana manusia zaman sekarang ni cukup bijak dan boleh menukar sesuatu yang agak mustahil kepada satu benda yang boleh di terima dek akal. Jadi abangrock tak hairan bila terbaca tentang ni.

Cuma, apa yang abangrock nak kongsikan di sini adalah pada dekorasi yang ada di dalamnya. Korang bayangkan, sebuah tangki air lama yang dah berusia beratus-ratus tahun, sebuah bangunan yang sememangnya sudah agak lama, dapat di tukar menjadi sebuah rumah idaman yang sangat wow!! Mabeles!! Superb!!

Inilah bangunan tangki air yang abangrock maksudkan. Bangunan ini terletak di Belgian dan ketinggiannya adalah setinggi 30 meter. Pemiliknya sekarang bernama Patrick Mets yang telah membelinya dengan harga 30,000 euros. Bangunan ini pada mulanya di beli tanpa ada sebarang permit untuk membuat pengubahsuaian. Maka Patrick terpaksa memohon permit terlebih dahulu dan untuk usahanya untuk mendapatkan permit itu saja telah memakan masa selama 7tahun.

Setelah mendapat permit barulah Patrick boleh membuat pengubahsuaian di bahagian dalam tanpa merosakkan struktur asal bangunan yang di anggap bersejarah dan masa untuk beliau ubahsuai sehingga menjadi sebuah kediaman adalah selama 5 tahun. Ini bermakna masa yang telah di habiskan oleh Patrick untuk melaksanakan misinya ini adalah selama 12 tahun secara keseluruhannya.

Selepas 12tahun berhempas pulas. Akhirnya, Patrick telah berjaya merealisasikan impiannya dengan bantuan seorang pereka yang bernama Mauro Brigham.

 Ruang tamu untuk melayan para tetamu yang sangat luas dan selesa.

Ruangan dapur yang lengkap dengan segala peralatan memasak moden.

Bilik mandi yang di reka khas berserta dengan curahan air dari pancuran mandi yang tinggi.
 Ini pula rumah kecil tersembunyi di dalam dinding untuk si kucing peliharaan.

Siapa sangka, bangunan yang hanya nampak 'tua' pada luarannya mempunyai ciri-ciri dalaman yang sangat unik dan moden. Jika sebelum ini di beli dengan harga 30,000 euros sekarang selepas di makeover entah berapa lah harganya sekarang agaknya. 


Saturday, 23 December 2017

YEAR END GIVEAWAY BY HUSNIEYHUSAIN

- KLIK BANNER UNTUK JOIN -

Satu lagi giveaway abangrock nak join hari ni. GA ni daripada blog Husniey Husain. Abangrock baru lepas godek blog Husniey ni dan nampaknya dia daripada team #BPT. Di sebabkan abangrock ni pun daripada pantai timur, bolehlah join team #BPT tu juga nanti.

GA ni akan berlangsung daripada 

23 Dis 2017 sehingga 05 Jan 2018 Jumaat, 11.59 pm 

Jom join beramai-ramai....


Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia

- KLIK BANNER UNTUK  JOIN -
Disebabkan AbangRock ni masih baru maka kenalah kerja keras sikit. Bila baca tips daripada blogger lain kata mereka join contest ni salah satu cara untuk tambah kenalan dari dunia blog jadi harap-harap betul lah.

Sapa tau... untung-untung boleh menang.. dapat kasi kat orang tersayang... =D

Resepi - KOREAN DUMPLING CARA MUDAH



** BAHAN UNTUK KULIT
300 gram tepung gandum
300 gram tepung ibu kayu
1 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
Air panas secukupnya

CARA MEMBUAT KULIT DUMPLING
Satukan ke semua bahan di dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit dan adun sehingga adunan tidak lagi melekat di tangan. Bolehlah di bentuk mengikut size yang di sukai.


** BAHAN UNTUK INTI
500 gram isi dada ayam (di cincang kecil )
200 gram kentang (potong dadu)
200 gram carrot (potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
5 ulas bawang merah (hiris nipis)
5 ulas bawang putih (hiris nipis)
2cm halia (hiris nipis)
2 sudu makan kicap cair
3 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
1 sudu teh Lada hitam (tumbuk halus)
Gula pasir secukup rasa
Sedikit Daun bawang (hiris halus)

CARA MEMBUAT INTI DUMPLING
1- Panaskan minyak dengan api yang perlahan kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga layu dan naik bau.

2- Masukkan kentang, carrot dan isi ayam. Gaul sebati.

3- Seterusnya masukkan satu cawan air, kicap cair, sos tiram, lada hitam, tomato, garam dan gula.

4- Biarkan inti masak sepenuhnya sehingga air tersebut kering. Setelah air kering, masukkan daun bawang dan tutupkan api.

5- Nipiskan kulit, masukkan inti dan lekatkan kulit dumpling dengan air. Buat sehingga habis.

6- Panaskan periuk pengukus dan bolehlah di kukus dumpling tadi dengan api sederhana selama 10-15 minit.


credits : Cookpad

Resepi - KIMBAP RINGKAS ALA KOREA



BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi yang di masak lembut
Beberapa helai Rumput Laut (nori)
1 sudu makan minyak bijan
Garam secukupnya

INTI:
2 biji telur yang telah di dadar
Sosej
Carrot (hiris halus, rendam air garam, tos, tumis)
Kentang (hiris halus, rendam air garam, tos, tumis)
Timun Jepun (buang biji, potong memanjang)


CARA-CARA:
1- Gaulkan nasi bersama garam dan minyak bijan.
2- Ratakan nasi di atas rumput laut.
3- Susun semua inti mengikut kreativiti masing-masing.
4- Gulung semuanya dengan berhati-hati.
5- Potong kimbap menggunakan pisau yang tajam!!
6- Siap untuk di makan


credits: COOKPAD

Lirik Lagu - ABANG NAK TEGUR by Dato Aliff Syukri

ABANG NAK TEGUR! Bukan AbangRock yang nak tegur korang tapi Abang Aliff Syukri. Lagu ni memang meletup jugaklah. Bukan meletup kerana like terbanyak tetapi meletup kerana 'dislike' terbanyak selepas di muatnaik ke Youtube.

Lagu yang di cipta oleh pihak KRU ini akhirnya di muatnaik semula selepas membuat sedikit perubahan. Bukan perubahan pada lagu tetapi pada si penyanyinya. Jika sebelum ini Dato Aliff nyanyikan bersama Nur Sajat tetapi kini Dato Aliff nyanyikan bersama isterinya sendiri.

Haaa... ini baru betul! Alang-alang lagu bercinta eloklah nyanyikan dengan si isteri. Nampak lebih ngam dan terbaik..

Datuk Aliff telah membuat satu lagi klip video Abang Nak Tegur 2 di mana bahagian nyanyian Sajat telah diambil alih oleh isterinya



LIRIK - ABANG NAK TEGUR
(abang nak tegur...)
Abang nak tegur insan bercinta
Dunia bukan selalu indah
Ada masanya laut gelora
Tak nak hanyut bijaklah berlayar

Abang nak tegur bila dilema
Jangan bertengkar lapik bahasa
Adat bercinta haruslah uda
Pergi pujuk hati si dara

Cepat.. Cepat..
Jangan lambat lambat

Hati hati bercinta
Ada batasnya
Usik usik sahaja
Jangan terover

Belai belai hatinya
Hingga terasa
Asyik asyik bersama
Baru rasa syok bercinta

(abang nak tegur...)
(abang nak tegur...)

Abang nak tegur pada si uda
Jagalah diri jangan curi curi
Bermain hati dengan yang lain
Jika kantoi salahkan sendiri

Pada si dara kena berjanji
Jaga emosi dan jangan curi curi
Untuk menguji kesabaran baby
Kalau gaduh rujuklah kembali

Cepat.. Cepat..
Jangan lambat lambat

Hati hati bercinta
Ada batasnya
Usik usik sahaja
Jangan terover

Belai belai hatinya
Hingga terasa
Asyik asyik bersama
Baru rasa syok bercinta

Abang kita hensem
Mari jalan jalan
Ayang kita ohsem
Berdua duaan
Abang kita hensem
Mari jalan jalan
Ayang kita ohsem
Berdua duaan

Hati hati bercinta
Ada batasnya
Usik usik sahaja
Jangan terover

Belai belai hatinya
Hingga terasa
Asyik asyik bersama
Baru... Syok!!

Hati hati bercinta
Ada batasnya
Usik usik sahaja
Jangan terover

Belai belai hatinya
Hingga terasa
Asyik asyik bersama
Baru rasa syok bercinta
(abang nak tegur...)
(eloknya abang ni... Sukaaa..)



Sekarang semua orang dah dapat terima semula lagu ni. Alhamdulillah... yang penting, setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya dan moga-moga kejadian ini dapat beri pengajaran pada Dato' Aliff untuk next project.. 


Perangai Manusia Mengikut Jenis Darah

Menurut salah sebuah kajian yang di lakukan oleh sebuah institut di Jepun, perangai seseorang individu itu boleh di lihat dengan mengenal jenis darah masing-masing. Boleh percaya 100% atau tidak AbangRock sendiri tak leh nak cakap.



Darah AbangRock jenis 0! Darah isteri AbangRock plak jenis B. Darah korang jenis apa pulak? Jom kita tengok betul ke tidak kajian ni dengan personaliti diri kita.



  • DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup si darah A. Individu yang berdarah A memang suka melakukan kerja-kerja secara berkumpulan. Bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan korang! 
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri korang itu melambangkan bahawa korang tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Tetapi ada kalanya korang agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak kisah langsung dengan waktu untuk berehat. INGAT! kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja korang itu, kesihatan diri pula yang terabai.

  • DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling ngam dengan korang! Korang lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula korang adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, korang lebih gemar melaksanakannya dengan cara tersendiri. Korang juga adalah individu yang kreatif dan fleksibel, dan senang untuk menyesuaikan diri dalam apa jua situasi.
Si darah B merupakan individu yang bijak bersosial. Tetapi ada kalanya sikap korang yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri korang sendiri! Haaa jaga-jaga! Sekali gus memperlihatkan kelemahan pada korang sendiri. INGAT! tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

  • DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Korang juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling korang akan rasa selesa. Korang juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap ceria!
Haaa jangan nak senyum sangat! Ada satu perkara yang korang harus perbaiki dalam diri itu. Perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri korang pula!

  • DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Kalau inginkan sesuatu, korang akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya korang dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu korang juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Alaaa rileks lah! Korang kena bijak mengawal emosi diri sendiri supaya tidak dikuasai dengan tekanan


Tempat Menarik Di Gold Coast, Brisbane Australia

AUSTRALIA - bila sebut je perkataan Australia perkata pertama yang muncul dalam kepala otak AbangRock adalah beruang Koala. Comey sungguh la beruang kecik ni. Kalau dapat sekor bela sampai ke besar mesti seronok.... eh lupa pulak, satu lagi Kanggaroo. haa ni pun AbangRock teringin juga nak bela. Banyak pula keinginan abang ni kan? Ntah pa pe..


Jarak antara Malaysia dan Austaralia adalah sejauh 4,738 kilometer yakni ia memakan masa selama 6-8jam untuk sampai dengan menaiki kapalterbang.

Matawang yang di gunakan di Australia adalah 'Australian Dollar'. Nilai terkini untuk Australian Dollar dengan duit kita adalah 1 dollar = RM3.15. Jadi kalau nak melancong ke Australia alamatnya kena siap ongkos yang agak lebih sikit la.


Gold Coast merupakan merupakan bandar ke enam terbesar di Australia dan ke dua terbesar di wilayah Queensland selepas ibu negerinya, Brisbane. Gold Coast ada segalanya. Bermula dari pantai yang cantik memanjang, hutan yang menghijau sehinggalah kepada bangunannya yang tinggi mencakar langit. Maka tidak hairanlah jika nama Gold Coast meniti dari mulut ke mulut.

Pemandangan utama yang paling menarik di Gold Coast adalah pada pantainya yang cantik dan bersih. Kat sini korang boleh lakukan pelbagai aktiviti sukan air yang menarik. Salah satu daripadanya adalah Jet Boating. Kalau sekadar nak lepak-lepak pun boleh kerana kemudahan tempat duduk dan barbeku turut di sediakan.


Jika nak lihat haiwan rare yang hanya ada di Australia khususnya seperti Koala dan Kanggaroo, korang harus pergi ke Currumbin Wildlife Sanctuary. Ada macam-macam haiwan dan AbangRock yakin memang satu family akan teruja habis.


Jika nak lihat haiwan yang lebih extrem seperti buaya, korang kena pergi ke Australia Zoo. Bila sebut Australia Zoo ni AbangRock teringat pada Steve Irwin. AbangRock yakin korang mesti kenal juga siapa Steve Irwin ni. Walau dia sudah meninggal tetapi AbangRock puji tahap kecintaan dan keberanian dia terhadap haiwan liar ni, kalau AbangRock memang tak berani. Jangan kata nak pegang buaya, nak dekat pun AbangRock minta maaf awal-awal.

Ohya, Zoo Australia ni diasaskan oleh ibu dan ayah Steve Irwin sendiri.


Jika mahkan suasana yang lebih tenang, korang boleh jalan-jalan ambil angin di Tamborine Rainforest. Kat sini korang akan dapat lihat keindahan hutan hujan yang menghijau dan menyejukkan mata. Bayangkan dapat mandi mandi dengan air semulajadi yang sejuk, perghh syok.


Sebelum balik ada satu tempat lagi yang perlu di kunjungi.Tempat ni adalah yang paling awesome sekali dan sentiasa mendapat kunjungan daripada seluruh dunia bagi saban tahun. Tempat yang abang maksudkan ini adalah taman tema Australia yang terdiri daripada beberapa bahagian iaitu Warner Bros Movie World, Dream World, Sea World dan Wet n' Wild.


Kalau ke taman tema ni sehari suntuk pun tak habis teroka alamatnya. Tapi jangan risau kerana restoran halal dan tempat solat yang turut telah di sediakan.

JOM MAKAN ANGIN!!